March 5, 2015

Expect the unexpected things in life.

As cliche as the title might sound, still yes, ALWAYS expect the unexpected things in life. Trials, challenges are actually a blessing & gift from Allah, so that we will return to Him.. Seek for His guidance.. Sincerely pray He will grant us courage to face days ahead.

If we were to look at hardship or trial in life as a math question... would you rather get the same, simple, direct, boring question, or the one that is challenging and worth-solving? Some of you might didn't agree with the analogy I tried to explain here... but that's how I view the recent challenges that I'm facing at the moment :)

In the quest of finding the solution, always put ALLAH in the first place. Always put trust in Him for He never break His promises.

****************

Surah Al-Inshirah, Verse 6:
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Verily, with every difficulty there is relief.

via iQuran

- Rubi, 06000

February 24, 2015

Tips basuh seat kereta

Assalamualaikum

2 minggu yang lalu, sewaktu dalam perjalanan balik ke Jitra daripada Penang, front passenger seat saya dibasahi 'hujan' oleh anak. Allahurabbi, berbau satu kereta. Ujian kesabaran buat semua. hihi.

Lalu saya pun terus fikir, macammana aku nak basuh seat ni? mana sempat nak kering, dah dekat pukul 4 dah masa tu. Saya google, terjumpa link ini yang saya kira, jelas menerangkan macamammana nak bersihkan seat yang kotor itu.

Sampai di Jitra, sudah jam 6 petang. Terus bergegas ke auto carwash yang ada sediakan perkhidmatan cuci seat ni. RM120 siap cuci, letak gas bagi hilang bau semua. what a blessing in disguise, my Myvi seat looks like a brand new car. he he he (ayat sedapkan hati). 


11months old Myvi diberi spa :p
Tapi make sure ok, segala tools & equipments yang carwash tu gunakan adalah macam ini,



bukan setakat vacuum macam di rumah tu. Saya tengok vacuum di carwash Jitra ni, baru saya agree nak cuci seat di situ.

Nak membesarkan anak-anak, macam tu lah. Dulu-dulu mak ayah kita jaga kita dengan basic facilities pun kurang, lagi mencabar, bukan? :) zaman-zaman takde pampers dulu, macammana lah kan?

- Rubi, Mom of 3




February 11, 2015

Cekodok Pisang Cheese :D

Sayang Kolesterol?

Saya antara golongan yang payah nak menepis makanan yang tinggi kolesterol macam telur mata (kuning nya yang cairrr), roti dholl, segala jenis benda bergoreng, bercheese, dan senarai nya panjang berjela yang saya bimbang jika saya senaraikan, anda berjangkit dengan 'penyakit' sayang kolesterol ni. he he.

2 hari lalu, saya beli sesikat pisang (betul ke imbuhan bahasa ni). Niat di hati nak buat goreng pisang cheese. Alhamdulillah, dapat buat. Hari ni, pisang tu hanya tinggal 6biji. Jadi, untuk keluarga yang 2 dewasa, 3 kanak-kanak, tak cukup lah nak buat goreng pisang cheese lagi, maka, saya pun buat Cekodok Pisang Cheese. haha. kaedahnya sama saja. cuma yang ni tepung dicampur dengan pisang, bukan hanya dicelup.

- resepi -

6biji pisang ikut suka jenis apa
tepung gandum faizah
sedikit garam
~ adunkan bahan di atas. goreng sehingga masak. carikkan cheddar cheese slice dalam 2 keping ke atas cekodok tu.

untuk buat sira nya,
1/4 buttercup
2sudu makan susu pekat
~ cairkan bahan di atas, dan tuang ke atas cekodok yang telah siap.

hidangkan sewaktu panas. seisi keluarga makan dengan penuh gembira.

**Ok, sila telan OmegaGuard, Lecithin dengan bersungguh-sungguh setelah menikmati juadah sebegini rupa. Jika anda ada Phytocol-ST, sila lah telan Phytocol awal-awal lagi sewaktu penyediaan bahan nak buat cekodok ni. Dia bertindak sebagai span yang menyerapppp segala kolesterol yang masuk dalam badan melalui apa yang kita makan, inshaAllah.

Maaf, gambar cekodok pisang cheese ini sangat menyedihkan. hahaha.
Bismillah :)
Selamat mencuba! Eat at your own risk. he he.

January 24, 2015

Resepi AGLIO OLIO

Terjadi lagi sekali, barang dapur terlupa (baca: malas) nak stock up, sudahnya masak AGLIO OLIO versi bahan takde, ikut suka.

>> 1biji bawang putih (cincang halus)
>> 1biji bawang merah
Tumiskan bahan di atas. Pada masa yang sama,

>> Grill 2 keping daging burger ayam Ramli. (asalnya nak guna isi ayam kampung yg dah direbus dekat sejam, tapi tetap liat ya rabbi, hehe)
>> Masak Angel Hair, sebab takde spaghetti (dalam 2minit cukup).
>> Potong dadu 1biji tomato.
Masukkan kesemua bahan tadi dalam kuali bawang yang ditumis. Gaulkan rata, api kecil saja, letak chili flakes (ihsan beli dominos pizza last year, hehe), oregano dan sedikit garam. Kalau ada olive oil, gunakanlah dengan generous nya ok.. saya hat tu pun habis, maka guna minyak masak sawit saja. hehe.

Hidangkan ketika panas.

Alhamdulillah, anak-anak makan dengan sungguh berselera. Muhammad, sampai tambah 4 kali. hehe. Lain kali Ibu masak lagi, dengan bahan yang proper, guna shrimp. Mereka ni sukakan udang :)

**homemade dishes still the best**

Rubi | Mom of 3.